Tanda-Tanda Kanser Mulut
Posted by Blogger Lupa Diri | at 11:08 AM | Comments: (1)Kanser mulut adalah salah satu jenis kanser yang kurang diketahui umum. Kebanyakan kes kanser mulut agak susah untuk disembuhkan kerana pesakit tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit ini. Segerahlah berjumpa doktor jika mempunyai tanda-tanda berikut.
Antara tanda-tanda yang berkemungkinan kanser mulut
-Ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh.
-Bengkak atau ketumbuhan dalam mulut.
-Rasa sakit dalam mulut.
-Kebas dalam lidah atau dalam mulut.
-Kesukaran untuk membuka mulut.
-Kesukaran untuk mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah.
Minum Air Suam Di Waktu Pagi
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:50 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Setiap pagi sebelum makan, mandi dan menggosok gigi amalkan minum segelas air suam. Minum dalam sekali nafas atau sekali teguk sahaja. Amalan ini akan memudahkan pembuangan air besar di waktu pagi. Selain itu perjalanan darah akan menjadi semakin lancar dan badan juga akan kekal cergas sepanjang hari.

Jenama Mewah Tommy Hilfiger
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:24 AM | Comments: (0)Tommy Hilfiger
Dilahirkan di Elmira, New York pada 1951 dan mempunyai pendidikan di sekolah tinggi Elmira Free Academy.
Ketika usia 18 tahun, Tommy sudah mula bekerja dan menunjukkan minat dalam fesyen. Buktinya? Dia sanggup berbelanja RM517 untuk membeli 20 jeans bell-bottom dan mengubahsuainya sebelum di jual semula di cawangan Brown's Elmira.
Dia pernah membuka kedai sendiri bernama The People's Place di Elmira tapi diisytiharkan bankrup selepas tujuh tahun.
Pernah ditawarkan menjadi pembantu oleh Calvin Klein dan Perry Elis tetapi dia menolak tawaran tersebut kerana dia mempunyai perancangan sendiri.
Pada 1984 Tommy Hifiger Corporation telah diasaskan. Pada tahun 1992 koleksi pertamanya dilancarkan. Ia menaikkan namanya sebaris dengan pereka terkenal Ralph Lauren, Perry Ellis dan Calvin Klein.
Pada 1995, Tommy dianugerahkan "Menswear Designer of The Year" oleh Council of Fashion Designers of America selepas memperkenalkan koleksi lebih kasual dengan unsur rekaan baggy.
Kisah Jenama Mewah Calvin Klein
Posted by Blogger Lupa Diri | at 11:56 AM | Comments: (0)
Sedikit cerita mengenai Calvin Klein atau CK.
Pada usia 26 tahun beliau telah mengasas sebuah syarikat sendiri dengan modal simpanannya RM6,400 dan meminjam RM32,000 dari kawan baiknya Barry Schwarz yang kini masih kekal sebagai CEO.
Hasil kerjanya menarik perhatian seorang pelanggan dari Bonwit Teller yang tersalah masuk ke kedainya dan terpegun melihat hasil kerja Klein. Kerana kagum dengan hasil keja Klein beliau menempah satu dan membayar Klein dengan harga RM160,000.
Calvin Klein awalnya menghasilkan coats sebelum mengembangkannya dengan mengeluarkan pakaian, jeans, barangan kosmetik dan pewangi.
Calvin Klein
Dilahirkan di New York pada 1942 dan mempunyai pendidikan di Fashion Institute for Technology.Pada usia 26 tahun beliau telah mengasas sebuah syarikat sendiri dengan modal simpanannya RM6,400 dan meminjam RM32,000 dari kawan baiknya Barry Schwarz yang kini masih kekal sebagai CEO.
Hasil kerjanya menarik perhatian seorang pelanggan dari Bonwit Teller yang tersalah masuk ke kedainya dan terpegun melihat hasil kerja Klein. Kerana kagum dengan hasil keja Klein beliau menempah satu dan membayar Klein dengan harga RM160,000.
Calvin Klein awalnya menghasilkan coats sebelum mengembangkannya dengan mengeluarkan pakaian, jeans, barangan kosmetik dan pewangi.
Makna EDC, EDT, EDP dan Perfume
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:48 AM | Comments: (0)Tahukah anda perbezaannya?
Setiap pewangi mempunyai akronim EDC, EDT, EDP dan Perfume yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botol pewangi.
- Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen pewangi. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.
- Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen pewangi dan sedikit semburan cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.
- Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen pewangi. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.
- Perfume : Mempunyai esen pewangi yang terbanyak iaitu 15 hingga 30 peratus. Ia mampu bertahan sehingga satu hari.
Mekah Pusat Dunia
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:40 AM | Comments: (0)Tahukah anda Mekah adalah pusat bumi?
Kopi Dari Najis Musang
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:28 AM | Comments: (0)
Tahukan anda tentang kopi luwak?

Kopi luwak terhasil dari najis musang yang memakan biji kopi. Najis musang itu mendapat sambutan yang menggalakan di Indonesia. Kopi ini adalah kopi yang termahal di dunia, harga untuk satu kilogram mampu mencecah US$440. Ia boleh didapati di Sumatera, Sulawesi dan kepulauan Jawa. Mengikut Majlis Ulama Indonesia kopi ini halal di minum oleh orang Islam walaupun terhasil dari najis musang dengan syarat biji kopi dibersihkan dahulu sebelum diproses.

Biji kopi luwak hasil dari najis musang
Penghasilan Simen
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:26 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Simen adalah bahan terpenting dalam industri pembinaan. Ia sejenis debu lembut dan bertukar menjadi keras apabila dicampur dengan air. Ini disebabkan oleh tindak balas kimia yang menukarkan debu simen menjadi hablur-hablur yang saling berpaut sehinggalah simen menjadi keras.
Simen dihasilkan daripada campuran tanah liat dan batu kerikil. Campuran itu dipanaskan pada suhu 1400°C sehingga membentuk batu hangus atau clinker yang kemudiannya ditumbuk sehingga halus menjadi debu.

Bagaimana Pepsi Mendapat Nama
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:21 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Minuman berkabonat Pepsi mengandungi pepsin iaitu enzim yang terdapat di dalam perut untuk proses penghadaman. Dari situlah Pepsi mendapat nama.
Berapa Saat Setahun
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:20 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Dalam satu tahun mengandungi 31,557,600 saat. Satu bilion saat pula bersamaan dengan 37 tahun.
Sejauh Mana Darah Mengalir Sehari
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:19 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Darah manusia mengalir sejauh 96,560 kilometer setiap hari dengan melalui setiap urat saraf, alteri, kapilari serta pembuluh darah.
TV Dan Kanak-Kanak
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:18 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Pada awal usia kanak-kanak mereka banyak habiskan masa dengan menonton tv kerana kanak-kanak belajar mengenai hidup lebih banyak daripada tv berbanding perkara lain.
Anggaran Penderma Darah
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:18 AM | Comments: (0)Tahukah anda?
Dianggarkan tidak sampai 7 peratus daripada seluruh manusia di dunia pernah menderma darah seumur hidup mereka. Jadi dermalah darah kerana bekalan darah sangat diperlukan.
Pencipta Kertas
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:17 AM | Comments: (0)
Tahukah anda siapa pencipta kertas?
Setiap hari kita menggunakan kertas tanpa mengetahui siapa penciptanya. Pada tahun 105 Masihi kertas telah dicipta oleh seorang sida China bernama Tsa'i Lun.
Nama Tempat Terpanjang Di Dunia
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:16 AM | Comments: (0)
Tahukah anda?
Taumatawhakatangihangaoauauotameteaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu adalah nama tempat yang terpanjang di dunia. Ia adalah sebuah bukit di New Zealand.
Telur Palsu Di China
Posted by Blogger Lupa Diri | at 10:15 AM | Comments: (0)Di China ada sekolah palsu dan kelas-kelas yang mengajar pelbagai teknologi penipuan secara terang-terangan kerana saat ini program palsu paling popular.
Proses pembuatan telur palsu.
Proses pembuatan telur palsu.
Langkah 1
Menggunakan 7 jenis bahan kimia, lihat pic di bawah
Telur palsu dibuat dari karbonat, pati, resin, gelatin, alum dan produk kimia lain.
Langkah 2
Masukkan telur mentah ke dalam bekas hingga 2/3 penuh kemudian campur kalsium klorida dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning ia menjadikan kuning telur.
Langkah 3
Kuning telur palsu di tuang ke dalam acuan.
Langkah 4
Rendam dalam kalsium karbonat.
Langkah 5
Kulit telur di bentuk dengan merendam ke dalam lilin parafin yang kemudiannya dibiarkan sehingga kering.
Akhir sekali telur palsu siap. Kulit telur palsu sangat raput dan mudah pecah.
Banyak gelembung kecil yang terbentuk semasa menggoreng telur tetapi tidak ramai orang yang boleh membezakannya.Telur nampak seperti telur sebenar dan rasa telur palsu lebih baik daripada yang sebenar.
Kenapa membuat telur palsu?
Jawapannya kerana wang. Kos telur palsu cuma 0.55 Yuan/kg sedangkan harga pasaran telur asli adalah 5.60 Yuan/kg. Walau bagaimana pun telur ini akan menyebabkan keracunan makanan jika di makan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)